Travel

Sfx:Tabla

Aaaaaaaaaaaahhhhhhhh ahhhh (like classical Indian song).

Bollywood atau Bollygood semuanya ada.

Terokai India dan selami keindahannya bersama Air Asia.

Terbang ke Jaipur, Amritsar, New Delhi dan banyak lagi.

Nikmati keindahan 7 keajaiban dunia Taj Mahal atau selusuri binaan merah jambu tinggalan raja Rajashtan yang dulu di Jaipur.

Mungkin menjejak tapak UNESCO Qutub Minar sambil melihat kehidupan kota padat di sekitar sungai Gangga.

Tambang ahli BIG dari RM 229.

Tempah sekarang di airasia.com sehingga 26 Januari untuk terbang dari sekarang sehingga 31 Ogos 2020.

Tertakluk terma.

AirAsia, where passion meets travel.

Cars

Anncr: Dengarkan ngauman enjin Smartstream 2.5L, helaan nafas penuh keyakinan saat pemanduan lancar dan cekap minyak, seterusnya membangkitkan deria rasa.

Nikmati kemewahan kemasan premium 2 tona, bumbung berpanorama, gaya luaran yang sporti dan teknologi terkedepan.

Hyundai Sonata, kesempurnaan ke mana sahaja. Jadilah 50 yang pertama memilikinya pada harga pengenalan RM189,888.

Health & Beauty

Nak sihat?

Dengar nasihat!

Kalau tak nak dengar, memang lambat sihat.

Jom dengarkan pelbagai tip kesihatan dan nasihat pakar daripada Hospital Columbia Asia Tebrau di NAK SIHAT DENGAR NASIHAT di SINAR di bawakan oleh Kumpulan Hospital Columbia Asia.

Untuk terma dan syarat serta notis privasi layari dengar.sinar.fm

Sinar Menyinari Hidupmu.

- Outro: Info kesihatan tadi di bawa oleh pakar perubatan daripada Columbia Asia Hospital – Tebrau. Untuk maklumat lanjut tentang hospital ini, layari laman web columbiaasia.com

Lifebites/ PSA plus Commercial & Sales Message

Orang kata mulut untuk makan, gigi untuk mengunyah, lidah untuk merasa tapi mereka lupa gusi juga berperanan penting, sekiranya gusi bermasalah akan menyebabkan kita kehilangan gigi.

Systema dan Era nak anda lawan pembentukan plak pada gigi.

Gunakan Sistem Anti-Plak Systema yang menggabungkan berus gigi dengan bulu tirus 0.02mm dan ubat gigi pelindung gusi untuk mencegah pengumpulan plak pada gigi, menjaga gusi dan gigi anda sihat sepanjang hayat.

Live Liners

Stesen : ERA

Promo Title : PETRONMeet and Greet with Alif Satar Showcase

  • Cepat peluang makin terhad di Petron.
  • Menangi peluang beramah mesra bersama Alif Satar , minum petang bersama-sama juga berhibur dengan beliau.
  • Lagi banyak anda mengisi petrol bersama Petron lagi tinggi peluang untuk menang.
  • Hanya isi minyak di Petron menggunakan Kad Petron Miles secara terkumpul berjumlah RM 250 untuk menang.
  • Tertakluk terma.
  • Petron - Alami setiap detik penuh bermakna di Petron.

Credit Mention 12-20 words each

1. Puasa puasa jugak.Gaya kenalah gempak macam Gene Martino. Layari genemartino.com.my.

2. Dari sahur, berbuka sampai terawih dan moreh, gaya kenalah mantap macam Gene Martino. Layari genemartino.com.my.

3. Pening bila baju tak sama?Kunjungi Gene Martino untuk seleksi pakaian sedondon lagi selesa. Keluarga sedondon keluarga bahagia.

Promo/ Contest/ Sponsor/ Winner

Stesen: Sinar

Promo Title: Kemas-Kemas tak jadi lemas di Sinar Bersama Scotch-Brite™.

Bila tak kemas terus rasa lemas.

Tapi bila nak kemas, mulalah rimas sebab tak tahu kat mana nak mula kemas.

Sekarang Angah tengah pening kat mana nak mula dulu.

Bilik tidur ke ruang tamu?

Bilik air ke ruang dapur?

Jom undi ruang mana yang Angah patut kemas kemas tak jadi lemas di Sinar bersama Scotch Brite.

Teruskan bersama Angah di Sinar menyinari hidupmu.

## Beritahu SINAR kenapa anda pilih Scotch Brite untuk bersihkan rumah anda di sinar.my.
2 penyertaan terpilih akan menang barangan Scotch Brite bernilai RM10,000!

*when video is ready.
Dan saksikan video gelagat Angah mengemas rumah dengan Scotch Brite di rumahnya!

Hanya di Kemas-Kemas Sinar bersama Scotch-Brite™ 2.0! Cuci 3 kali lebih baik, Tahan 3 kali lebih lama.
Untuk terma dan syarat serta notis privasi, layari sinar.my. Menyinari Hidupmu.

Live Read

Client : HUAWEI

Kempen: P40

Masa: 30 Saat

Stesen : ERA

Bahasa : BM

DJ1: Bro, itu hari kau pergi makan laksa apasal tak ajak aku?

DJ2: Bila?

DJ1: Yang masa aku ajak kau main futsal tapi kau kata kau ada hal. Eh tengok tengok ada je makan laksa kat kedai simpang tu. Kau siap kata rugi aku tak join sama.

DJ2: Mana kau tahu?

DJ1: Takyah kelentong Bro, dengan P40 aku takde yang terlepas. Boleh zoom sampai 50 kali dan gambar pun masih cerah walau dalam keadaan gelap. Audio zoom pulak boleh singkirkan mana-mana bunyi yang mengganggu.

DJ2: Eh P40 baru! Apasal tukar telefon tak bagitahu aku?

DJ1: Nak bagitahulah ni!

Snapshot/ Station Interview

Stesen: Sinar

Promo Title: Kredit Skor iMoney 

Topik 1: Apa itu credit skor? Dan kenapa kredit skor penting untuk anda?

Kredit skor adalah 3 digit nombor yang akan bagi keterangan berkaitan kesihatan kewangan anda.

Ha, pernah dengar pasal kewangan yang sihat atau tidak?

Kewangan yang sihat adalah pengurusan kewangan yang bijak. Jadi kredit skor akan mengira keutuhan kewangan anda termasuk pengurusan bayaran balik pinjaman termasuk PTPTN, sejarah pembayaran, adakah anda seorang pembayar yang bagus atau seorang yang suka cilok bila masa bayaran tiba?

Kredit skor akan bagi sejarah pengurusan kewangan anda selama mana anda menggunakan produk kewangan.

Penting ke tidak?

Ha, Kredit skor akan jadi penting bila mana anda nak memohon kad kredit atau pinjaman daripada mana-mana badan kewangan seperti bank. Masa inilah bank akan semak kelayakan anda. Kredit skor yang baik akan buat permohonan anda diluluskan oleh pihak bank.

Semak kredit skor anda menerusi iMoney Credit Score.

Sweeper

Misi Era bersama Foodpanda kini bermula. Cari pembayang jawapan di IG ERA dan aplikasi Foodpanda untuk menang. Misi Era bersama Foodpanda, Keriangan dengan Setiap Pesanan.